Malam nie aku nak curahkan lagi perasaan aku kat dalam blog nie ..
Walaupun aku tau kau dah buat relationship dgn orang lain, tp knp aku still terkejar-kejar kan kau .. mungkin aku tak sanggup kehilangan kau .. tp yang pasti , aku mmg dah kehilangan kau ..
sejak aku kehilangan kau , aku takde selera nak makan .. jarang dah aku habiskan makanan yang aku beli .. Mungkin sbb aku masih terasa pasal kehilangan kau ..
aku mintak maaf aku call kau td , aku sengaja call kau dengan ayat nak ajak makan esk .. hakikatnya , aku rindu nak dengar suara kau , aku rindu nak dengar kau gelak .. sbb tu la aku terus letak mcm tu je , aku rindukan kau sampai nak menitis air mata td dengar suara kau .. dan lagi satu, hakikatnya aku tak kuat lagi nak berjumpa dengan kau esk .. aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang bahagia dengan orang lain .
walaupun aku tau , kita tak mungkin akan dapat bersama seperti dulu lagi .. tp aku tak pernah berhenti mengharap agar kau jadi milik aku lagi ..
aku tau , kau tak suka aku msg kau , kau tak suka aku call kau .. mungkin bagi kau aku nie serabut .. tp aku selalu berharap kau msg aku , kau call aku tiap-tiap hari mcm dlu .. bg aku , kau tak pernah serabut muncul dalam hidup aku ..
sekarang , mesti kau dah tak nak tgk muka aku lg .. tp aku berharap sangat agar aku dapat tgk muka kau tiap-tiap hari .. aku rindukan senyuman kau ..
aku selalu tertanya-tanya lepas kita dah putus .. knp sejak bf kau kembali , kau lupakan aku .. jahat sangat ke aku nie ?? aku faham , aku pernah baca msg kau .. kau sanggup mati kalau putus dengan die .. tp bila putus dengan aku , kau selalu marah-marah aku , tengking-tengking dan kau pesan jgn gnggu kau dah .. tp aku tak kisah semua tu , aku bukan nak ganggu kau .. cuma aku rindukan kau ..
aku tak kuat untuk lupakan kau , aku tak kuat untuk berhenti sayangkan kau .. mungkin betul kata kau , aku nie lelaki yang lembik .. menangis disebabkan pmpuan ..
aku harap , aku boleh terima hakikat yang kau dah jadi milik orang lain .. walaupun mengambil masa yang lama .. aku tau , kau lebih bahagia bersama dengan dia berbanding aku .. insyaAllah , aku pun akan cuba tersenyum untuk kebahagiaan kau tu .. :)
0 comments:
Post a Comment